Tidak
banyak yang tahu bagaimana caranya telaga air zam-zam boleh
mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah
kering satu kali pun.
Seorang
pengkaji pernah diperintahkan raja Faisal menyelidiki telaga air zam-zam
untuk menjawab tuduhan kotor seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter air zamzam?
Berapa
banyak air zam-zam yang di ambil setiap musim haji? Mari kita kira
secara sederhana. Jamaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia
pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah kira-kira dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya.
Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke
negaranya, itu sahaja sudah 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang di Mekah, jika kebanyakan jamaah tinggal 25
hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah
50 juta liter !!.
Keanehan air Zamzam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada
akhbar di Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum.
Perkiraannya didasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis
permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk
kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan
dan keluar dari telaga air Zamzam. Masya Allah.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan
Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan
mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.
Tariq Hussain, jurutera kimia yang bekerja di Institut Pemurnian Air
Laut untuk diminum, di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulai tugasnya, Tariq belum ada gambaran, bagaimana telaga
air Zam Zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada
hadnya.
Ketika sampai
di dalam sumur, Tariq amat terkejut ketika menyaksikan bahawa ukuran
“kolam” telaga itu hanya 18 x 14 feet saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak
terbayang, bagaimana caranya telaga sekecil ini boleh mengeluarkan
jutaan galen air setiap musim hajinya. Dan itu berlaku sejak ribuan
tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan
menunjukkan, mata air zamzam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter
air persaat. Dengan demikian, setiap minit akan dihasilkan 660 liter
air. Itulah yang mengejutkan.
Tariq mulai
mengukur kedalaman air telaga. Dia minta pembantunya masuk ke dalam air.
Ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya
yang tinggi tubuhnya 5 feet 8 inci.
Lalu dia
menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau
saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat
lainnya, ternyata tak ditemukan apapun!.
Dia berfikir,
mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam
berkapisiti besar. Bila seperti itu kejadiannya, maka dia boleh melihat
turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaan
ini pun tidak terbukti. Tidak ditemui gerakan air yang mencurigakan,
juga tidak ditemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah
besar.
Seterusnya, dia
minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga. Lalu menyuruh berdiri,
dan diam ditempat sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan
dengan sangat cermat, dan laporkan apa yang terjadi, sekecil apapun.
Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba
mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu
pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa
pengepaman air (untuk dialirkan ke tempat pendistribusian air) berlaku.
Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya
seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang
keluar, besarnya sama di setiap titik, di semua kawasan. Ini
menyebabkan permukaan telaga itu relatif stabil, tidak ada goncangan
yang besar.
Mengandungi zat Anti Kuman
Hasil
penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air
Zam zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman,
sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan
air Zam zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar
Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua
mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya
air zamzam memberi kesan menyegarkan bagi jamaah yang keletihan.
Keistimewaan
lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil, sentiasa
sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga,
diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air Zam zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung gizi”.
Nabi saw
menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika
meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari
penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud
supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau
meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan
dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah
untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah saw
pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari
kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan
Rasulullah saw untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh
meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zam zam memang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1. Kadar
Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lainnya,
berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah, tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam zam sentiasa bebas dari kontaminasi kuman.
4. Anehnya
lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering,
telaga air zam zam tetap berair. Dan air zam zam memang tidak pernah
kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama
fiqah mencadangkan agar jamaah haji membawa air zamzam ketika pulang ke
negaranya sebab air zamzam itu boleh sebagai ubat untuk suatu
penyembuhan.
Ini terbukti, banyak jamaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zamzam.
Kredit : Sumber
No comments:
Post a Comment