Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday, 21 March 2014

MH370: Pencarian di perairan Australia Barat diteruskan

MH370
MELBOURNE - Keadaan cuaca yang baik dijangka membantu operasi mengesan pesawat MH370 di perairan Australia Barat yang bersambung pada Sabtu, lapor agensi berita Australian Associated Press.

Pesawat peninjau pada Jumaat, iaitu hari kedua operasi, gagal mengesan sebarang petunjuk di kawasan yang sebelum ini dilapor sebagai lokasi dua objek yang imejnya dicerap oleh satelit di Lautan Hindi.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia yang mengetuai operasi, berkata misi itu masih dianggap sebagai operasi mencari dan menyelamat sekalipun sudah dua minggu pesawat berkenaan hilang.

Dua pesawat komersial dan sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia menjadi pesawat pertama berlepas dari Perth ke zon pencarian pada pukul 6 pagi waktu Australia Barat.

Keadaan langit kini terang dan akan meningkatkan tahap penglihatan selain kelajuan angin berkurangan kepada bawah 10 knot, kata pengkaji cuaca di Biro Meteorologi Luke Huntington kepada Radio ABC.

Katanya biro itu juga tidak menjangkakan sebarang cuaca buruk hari ini.

Dua kapal dagang yang membantu misi pencarian sudah berada di kawasan itu manakala kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success dijangka tiba pada petang Sabtu.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts