Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin.
Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di
Sepang hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara
bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.
"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada
buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang
terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita
di Sepang.
Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA
turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan
pesawat yang hilang ditemui selamat.
"Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari
selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini," katanya.
No comments:
Post a Comment