Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday 21 March 2014

Cemas kereta terbakar tiba-tiba


  • Cemas kereta terbakar tiba-tiba Kelihatan sebuah kereta Proton Satria Neo terbakar di kawasan lampu isyarat, Jalan Reko, Kajang, sebentar tadi. Pemandu kereta banagimanapun berjaya menyelamatkan diri. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
KAJANG - "Saya berasa panas, dan tiba-tiba asap berkepul-kepul keluar daripada kereta saya," demikian menurut seorang pemandu yang keretanya (Satrio Neo) tiba-tiba terbakar di depan lampu isyarat Jalan Reko Kajang hari ini.

Pemandu tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad berkata, dia bernasib baik kerana pantas keluar daripada kereta itu dan segera meminta pertolongan daripada orang ramai yang berada berdekatan kawasan tersebut.

"Saya baru balik daripada masjid selepas selesai  menunaikan solat Jumaat tadi.

"Saya berhajat hendak ke Pejabat Pendaftaran Bangi, tiba-tiba berhenti di lampu isyarat kereta saya terbakar, cemas juga, dalam kekalutan tersebut saya sempat keluar daripada kereta saya," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Ketika ini, mereka sedang menunggu ketibaan penyelamat (bomba) untuk 'menyelamatkan keadaan'.

Jalan di situ sesak teruk akibat kejadian tersebut. Orang ramai turut mengambil kesempatan untuk merakamkan adegan mencemaskan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts