#MH370 ; Media Di Arah Keluar Dewan
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman
pada sebuah persidangan hari ini berhenti berucap di pertengahan jalan
dan mengarahkan para wartawan untuk keluar dari dewan persidangan.
Azharuddin membuat keputusan itu ketika Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Hotel Sheraton Imperial di ibu negara.
Azharuddin,
yang memberi penjelasan mengenai kehilangan MH370 dan usaha pihak
berkuasa dalam mengesan pesawat itu, secara tiba-tiba berhenti berucap
selepas kira-kira seminit memulakan ucapan.
“Saya minta maaf,
adakah ada media di sini? Saya tidak tahu yang media ada di sini. Saya
minta maaf, bolehkah media diminta meninggalkan tempat ini?” katanya.
Keadaan
menjadi senyap di dalam dewan itu apabila Azharuddin yang kelihatan
tertekan, enggan untuk meneruskan ucapan sehingga media beredar.
Beliau turut enggan menjawab sebarang soalan daripada media sebaik sahaja meninggalkan persidangan selepas itu.
Peserta persidangan, Tom Ballantyne kemudian memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mengetahui alasan Azharuddin meminta media meninggalkan bilik berkenaan.
Beliau
berkata, Azharuddin itu hanya bercakap mengenai beberapa langkah yang
dilakukan oleh para penyiasat dalam usaha mencari dan menyelamat yang
sedang berjalan, kini memasuki minggu keempat.
“Ia tidak
sepatutnya tidak berlaku. Beliau tidak mengatakan apa-apa yang tidak
dilaporkan sejak beberapa minggu lepas. Pegawainya turut memberitahu
lebih awal bahawa media akan berada di sini, jadi saya tidak tahu kenapa
beliau tiba-tiba berhenti (berucap),” katanya.
Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. – MYNEWSHUB.MY
No comments:
Post a Comment