Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Sunday 27 April 2014

Zahid Beri Amaran - "Jangan Dekati Dataran Merdeka"...

http://cikyanzone.blogspot.com/


Alor Gajah – Pengajur perhimpunan membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) disaran tidak menggunakan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai alasan untuk mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka 1 Mei ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menasihatkan supaya pihak itu mengubah lokasi ke Stadium Merdeka dan tidak mendekati Dataran Merdeka yang sedang ditutup untuk kerja pembaikan.

Katanya, sehubungan itu, pihak pengajur perlu bersedia menghadapi sebarang risiko termasuk dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa sekiranya perhimpunan berkenaan didapati melanggar syarat APA 2012.

“Mereka boleh menggunakan Stadium Merdeka selepas mendapatkan kebenaran daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku pengurusan stadium berkenaan. Jika mereka tidak berpuas hati dengan apa juga isu yang pada pandangan mereka tidak sesuai dengan citarasa termasuk GST, ia boleh dinyatakan di dalam perhimpunan itu.

“Namun jika ada dalam kalangan pengajur tidak mematuhi sebarang syarat dikenakan dalam APA, saya tidak akan pernah beri amaran. Kita memberi peluang kepada mereka mengadakan perhimpunan aman tetapi jika melanggar syarat ditetapkan mereka harus menanggung risikonya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka di Empangan Durian Daun, Masjid Tanah di sini, tadi.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts