Salah sebuah sekolah menengah
dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam
perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari
murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut
hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi
tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan
hajatnya itu..
“Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak
tahan nak buang air besar ni... “ pinta murid itu terketar-ketar sambil
menggosok-gosok perutnya. Nak buang air besar.....?
Hishhh!!!
perasaan awak sahaja tu!! sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu
tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk
bersimpati pada orang lain.
“Betul Pak Cik..., saya memang
betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.Tak ada apa-apanya, itu semua
hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik balas pemandu
itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. Tolonglah Pak
Cik..... rayu murid itu terus.
Beginilah..., awak duduklah
belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa
lagi hendak buang air tu.....Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah
murid itu menurut kata pemandu tadi.
Pemandu itu pun meneruskan
perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu
sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas
pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. Eh..., awak
berak ke? Busuknya...???" Murid itu pula dengan selamba menjawab.
Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa
pun....!!!""
Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey
-
*Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey* | Jom korang join
segmen dari *Blogger Naniey Barniey Lurviey* haaa gitu nama diaa punya
panjang...
3 years ago
No comments:
Post a Comment