5 teka-teki di hari Rabu
Teka-teki 1: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal
besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang
besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal… ha…ha…ha..
Teka-teki 2: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Teka-teki 3: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba
berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa
masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4
ekor burung itu jatuh kebumi?
Jawapan : Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Teka-teki 4: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Teka-teki 5: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.
Banyak lagi teka-teki di sini
No comments:
Post a Comment