Mamat ni amat lah
tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan
cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat
tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih
sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak
Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas
ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi.
Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya
pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan
Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya
selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun
mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun
bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk
mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak
sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan
awal oleh isterinya Minah.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah
menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang
berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas
selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur
menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?"
lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup
empat rakaat tadi..."
Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji
Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si
Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...
Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey
-
*Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey* | Jom korang join
segmen dari *Blogger Naniey Barniey Lurviey* haaa gitu nama diaa punya
panjang...
3 years ago
No comments:
Post a Comment