Ini
ada satu cerita hantu yang saya alami, ketika itu saya gan adik ipar
saya nak pergi memancing di sebuah hutang di area selangor.
Kami
memancing di sana sebab ada orng kata banyak ikan ketutu.Ikan ketutu
mahal kalau dapat seekor pun dah di kira lumayan. 1kg rm70.00.
Kami
bergerak dari rumah sekitar jam 4.12 petang dengan menaiki motor honda
ex5. Kami sedikit pun tidak rasa takut, cuma di dalam kepala hanya
memikirkan untuk mendapatkan duit dengan kerja yang kami lakukan.
Di
kawasan hutan itu terdapat anak sungai yang pecah akibat banjir rupanya
disitulah kawasan lubuk ikan ketutu. Ketutu suka mendiami kawasan lubuk
yang dalam dan mempunyai rimbunan pokok mengkuang.
Kami tiba di kawasan Hutan Tebal itu tepat jam 7.15 petang. Berbekal 2 batng Joran dan umpan anak ikan.
Kami memancing tidak berjauhan maklumlah Hutan Tebal dan gelap gelita.
Malam
itu kami dapat seekor ikan ketutu yang berat agak2 sekilogram. wah
untung kita hari ni, menyebabkan kami mula gila nak mancing lagi. Ikan
ketutu aktif bila waktu malam di siang hari ia akan jadi bodoh macam
tunggul kayu.
Tiba-tiba hujan renyai2 di waktu bulan mengambang
pada malam itu, hairan ribut tak ada, guruh pun tak ada tiba2 hujan.
kami tidak berputus asa masih lagi meneruskan aktiviti memancing ketutu
pada malam tersebut.
Tiba-tiba di jalan laluan balak lama muncul 1
kelibat manusia. Muka kami tidak nampak cuma nampak rambutnya panjang
memcecah ke bumi di pacar
cahaya bulan hujan renyai2 pada malam itu, kain kafan menyaluti tubuhnya.
Dia bergerak pelahan-lahan menuju kearah kami dengan bunyi wanita sedang menangis.
Kami mula ketakutan lalu berlari mendapatkan motor yang tidak jauh dari tempat kami memancing.
Bunyi helaian jangan cakap, sangat kuat kedengaran.
kami
memecut laju meninggalkannya..setelah jauh kami bergerak bunyi tangisan
tersebut sudah pun reda. syukur tidak terjadi apa2 pada malam tersebut
.hanya seekor ikan sahaja yang kami dapat.
sekian terima kasih..
Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey
-
*Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey* | Jom korang join
segmen dari *Blogger Naniey Barniey Lurviey* haaa gitu nama diaa punya
panjang...
3 years ago
No comments:
Post a Comment