Bagaimana
Cara Menjadi Seorang Jutawan Menurut Al-Quran | Mahmud Ibn Labid r.a.
pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua
perkara yang tidak disenangi oleh anak
Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan).
Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]
Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t
telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu
dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan
oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut
serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka
takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan
sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka
lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan
sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan
mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah
sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki
dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri
seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi
jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran
bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di
dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan
oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan
memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada
orang yang meminta kepadaKu” [2]
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin
hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama
tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam
semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap
malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa
yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa
kemiskinan selama-lamanya.”[3]
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa
kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka
ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat
oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami
kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang
dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah
di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya
solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika
keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan
memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah
Taha.[5] Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan
perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan
hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki
kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah)
kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang
bertaqwa.”
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas
dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam
mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam
beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka
hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi
melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu’alam.
[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat
Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-
Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244 [5] Ibid.
Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey
-
*Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey* | Jom korang join
segmen dari *Blogger Naniey Barniey Lurviey* haaa gitu nama diaa punya
panjang...
3 years ago
No comments:
Post a Comment