"Dan
Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya;
ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah
dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan
kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Kulah mu kembali. " ( Al
Quran, 31:14 )
Air susu ibu adalah suatu
campuran ciptaan Allah yang luar biasa sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi
yang baru lahir dan sebagai zat yang membantu tubuhnya terhadap penyakit.
Bahkan makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini tidak mampu
menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.
Setiap hari ditemui satu
demi satu manfaat baru air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta tentang air
susu ibu adalah dengan menyusu bayi selama dua tahun selepas kelahiran sungguh
amat bermanfaat. (Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, www .
Icr.org/pubs/imp-259.htm)
Allah memberitahu kita
maklumat penting ini sekitar 14 abad yang lalu yang hanya diketahui melalui
ilmu pengetahuan baru-baru ini, dalam ayat Nya.
Air susu ibu mengandung
zat-zat pemakanan penting iaitu:
Karbohidrat
utama adalah laktosa (gula susu) yang sesuai dengan keadaan biologi atau sistem
pencernaan bayi. Laktosa berperanan penting sebagai sumber tenaga. Laktosa
mudah diurai menjadi glukosa dan galaktosa dengan bantuan enzim laktase yang
sudah ada dalam mukosa saluran pencernaan bayi sejak lahir.
Ya, pada pencernaan bayi
terdapat enzim yang mencerna laktosa tersebut. Glukosa dan galaktosa berperanan
dalam perkembangan sistem saraf dan pertumbuhan otak, mielinisasi dan
pematangan otak agar otak tumbuh optimum. Selain itu, zat ini juga membantu penyerapan
kalsium dan magnesium di masa pertumbuhan bayi. Bahkan, membantu pertumbuhan
bakteria usus yang baik (lactobacillus bifidus) dan menghalang pertumbuhan
bakteria berbahaya.
Protein
Kandungan
protein seimbang dengan keperluan bayi. Dalam susu ibu, jenis proteinnya adalah
whey yang mempunyai ukuran molekul lebih kecil. Protein jenis whey ini
mempunyai sifat mudah dicerna. Komponen asas dari protein adalah asid amino
yang berfungsi sebagai pembentuk struktur otak.
Protein berguna untuk
pertumbuhan dan perkembangan sistem kekebalan tubuh dan untuk pertumbuhan otak
serta menyempurnakan fungsi pencernaan. Protein juga memberi lapisan pada
dinding usus bayi baru lahir yang masih telap terhadap protein serta berperanan
sebagai perlindungan terhadap pelbagai risiko jangkitan bakteria/virus yang
boleh masuk melalui pencernaan. Ya, protein dalam susu ibu dapat membantu
menghancurkan bakteria dan melindungi bayi dari jangkitan.
Lemak
Kandungan
zat pemakanan terbesar di dalam susu ibu adalah lemak. Lemak merupakan sumber
kalori atau tenaga utama yang terdapat dalam susu ibu. Kadar lemak susu ibu
berubah-ubah secara automatik sesuai dengan keperluan pemakanan bayi dari hari
ke hari. Lemak boleh diolah, dicerna dan diserap baik kerana dalam susu ibu
terdapat enzim lipase yang bertugas membantu proses metabolisme lemak.
Ada sekitar 200 jenis asid
lemak, iaitu 80 peratus asid lemak tak tepu, antara lain asid linolenat omega
3, EPA dan DHA serta asid linoleat omega-6 ARA yang berperanan penting dalam
perkembangan otak, pertumbuhan sel-sel otak, myelination rangkaian
saraf, serta ketajaman penglihatan. Lemak rantai panjang atau long chain
poly unsaturated fatty acid (LC-PUFA) merupakan jenis lemak yang sangat
diperlukan dalam perkembangan otak bayi.
VITAMIN DAN MINERAL
Susu ibu
mengandung vitamin dan mineral penting yang diperlukan bayi. zat
pemakanan
mikro penting itu antara lain vitamin A, vitamin C, vitamin D, zat besi,
tiamin, riboflavin, kalsium, fosforus, fluorin.
- Vitamin
Misalnya,
vitamin D membantu bayi menggunakan kalsium untuk pertumbuhan tulang. Vitamin K
yang diperlukan untuk proses pembekuan darah terdapat dalam susu ibu dengan
jumlah yang cukup dan mudah diserap.
- Zat Besi
Zat besi
diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin, bahagian dari sel-sel darah merah
yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, zat besi pun penting untuk pertumbuhan
otak bayi. Zat besi yang terkandung dalam susu ibu juga mudah diserap.
- Fluorin
Fluorin
membantu membentuk gigi yang kuat dan mencegah gigi berlubang. Untuk mereka yang bergelar
ibu di luar sana, susukan bayi anda sendiri secara ekslusif sehingga enam bulan
dan dihentikan pada usia 2 tahun. Katakan tidak pada susu formula. SUMBER INTERNET
========================================================================
UNTUK MENINGKATKAN TRAFIK BLOG ANDA CUMA COPY AND PASTE SKRIP DI BAWAH
INI DAN LETAKKAN DI PENJURU KANAN/KIRI SEBAGAI WIDGET ANDA
<script language="JavaScript">
imgr = new Array();
imgr[0] = "http://3.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TSBlHGugCBI/AAAAAAAAFPA/Z5MTCuXMpEs/no_image.gif";
imgr[1] = "http://3.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TSBlHGugCBI/AAAAAAAAFPA/Z5MTCuXMpEs/no_image.gif";
imgr[2] = "http://3.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TSBlHGugCBI/AAAAAAAAFPA/Z5MTCuXMpEs/no_image.gif";
imgr[3] = "http://3.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TSBlHGugCBI/AAAAAAAAFPA/Z5MTCuXMpEs/no_image.gif";
imgr[4] = "http://3.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TSBlHGugCBI/AAAAAAAAFPA/Z5MTCuXMpEs/no_image.gif";
showRandomImg = true;
boxwidth = 280;
cellspacing = 8;
borderColor = "#ffffff";
bgTD = "#000000";
thumbwidth = 40;
thumbheight = 40;
fntsize = 12;
acolor = "#666";
aBold = true;
icon = " ";
text = "comments";
showPostDate = false;
summaryPost = 40;
summaryFontsize = 10;
summaryColor = "#666";
icon2 = " ";
numposts = 10;
home_page = "http://cikyanzone.blogspot.com/";
</script>
<script
src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/recentpostthumnail.js"
type="text/javascript"></script>
=========================================================================