Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Sunday, 22 September 2013

SUSULAN KES ROGOL DI INDIA: Dibicara sebagai dewasa jika cecah 16 tahun







GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA

NEW DELHI: India dilaporkan sedang merancang membicarakan remaja berusia 16 tahun ke atas sebagai orang dewasa, jika mereka terbabit dalam jenayah kejam seperti merogol secara bergiliran dan pembunuhan.
Di bawah undang-undang India, pesalah berusia di bawah 18 tahun dianggap sebagai pesalah bawah umur dan hukuman maksimum yang dikenakan ke atas mereka walaupun jika mereka melakukan jenayah seperti merogol secara bergiliran dan pembunuhan, hanyalah penahanan tiga tahun dalam pusat pemulihan.
Bagaimanapun Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak India kini berpendapat para juvenil seharusnya dibicarakan seperti orang dewasa bergantung pada seberat mana jenayah yang dilakukan mereka, lapor akhbar The Times of India, semalam.
"Terdapat trend meningkat para pesalah yang ditangkap melakukan jenayah seperti merogol secara bergiliran dan pembunuhan meminta hukuman lebih ringan atas dasar rayuan bahawa mereka belum mencecah usia 18 tahun," kata sumber yang tidak didedahkan namanya dalam laporan akhbar itu.
Perubahan pada pandangan kementerian itu dibuat menyusuli dakwaan, baru-baru ini, bahawa seorang juvenil turut merogol secara bergiliran seorang pelajar perubatan berusia 23 tahun dalam sebuah bas bergerak di New Delhi pada Disember lalu.
Walaupun empat orang dewasa yang didakwa dalam kes itu dijatuhkan hukuman mati, juvenil berkenaan, kerana baru berusia 17 tahun semasa jenayah itu dilakukan, terlepas daripada hukuman tersebut dan meminta menjalani penahanan selama tiga tahun di sebuah pusat pemulihan.
Beberapa negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Perancis melaksanakan hukuman berperingkat bagi juvenil yang terbabit dalam jenayah.
Di Britain, pesalah berusia ke bawah 17 tahun boleh dibicarakan sebagai orang dewasa jika melakukan kesalahan serius seperti serangan seksual, manakala Perancis pula mempunyai mahkamah juvenil berasingan bagi jenayah serius yang dilakukan para remaja berusia 16 hingga 18 tahun.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts