Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Thursday 26 September 2013

Bos F1 ramal era Vettel akan berakhir


BERLIN: Bos Formula Satu, Bernie Ecclestone, meramalkan penguasaan juara tiga kali, Sebastian Vettel, ke atas sukan itu akan berakhir tidak lama lagi.
Bercakap kepada akhbar harian Bild Jerman kelmarin, Ecclestone berkata Vettel, yang jauh meninggalkan para pesaingnya dalam senarai kejuaraan pemandu musim ini, kemungkinan besar dapat dikalahkan seawal awal tahun depan.
"Penguasaannya akan berakhir, mungkin pada 2014. Kami akan mempunyai kereta serba baru, enjin baru dan peraturan baru," tambah Ecclestone.
"Ini akan memberi peluang kepada Ferrari dan Mercedes mengejar Vettel. Tahun depan, mungkin bukan pemandu terbaik yang akan memenangi kejuaraan, tetapi kereta terbaik."
Menurut Ecclestone, beliau percaya tindakan sesetengah peminat sukan lumba itu mengejek Vettel dalam dua perlumbaan lalu dalam GP Italy di Litar Monza dan Grand Prix Singapura di Litar Marina Bay bukan ditujukan kepadanya, tetapi penguasaannya dan pasukan Red Bull.
Monza dianggap 'padang sendiri' bagi Ferrari, sementara Singapura pula mempunyai bilangan peminat tinggi pasukan merah menyala itu.
Vettel mendahului senarai pemandu dengan 247 mata, 60 mata di depan pesaing terdekatnya, Fernando Alonso, dari Ferrari. -

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts