Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Tuesday 17 September 2013

Moyes ghairah pimpin Man U ke Eropah




MOYES: Kali terakhir terlibat dalam Liga Juara-Juara Eropah pada 2005 ketika memimpin Everton dalam pusingan kelayakan. - Foto REUTERS
LIGA JUARA-JUARA

MANCHESTER (England): David Moyes akan merasai cabaran melangkah ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam kerjayanya apabila beliau memimpin Manchester United menentang Bayer Leverkusen dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A pertandingan kelab elit Eropah itu dinihari esok.
"Saya amat ghairah dapat terlibat dalam pertandingan ini," kata Moyes, yang dilantik menggantikan Alex Ferguson sebagai pengurus United pada akhir musim lalu, walaupun beliau hanya tampil dalam dua perlawanan Liga Juara-Juara Eropah ketika bersama Everton.
Everton tewas 4-2 kepada pasukan Sepanyol, Villarreal, dalam pusingan kelayakan ketiga pada 2005 dan ini peluang kedua bagi Moyes menyertai pertandingan itu.
"Kami akan membuat persiapan rapi bagi memastikan kami bersiap siaga menghadapinya," tambah beliau dalam interviu dengan stesen MUTV.
Selain Leverkusen, Shakhtar Donetsk dan Real Sociedad turut diletakkan dalam Kumpulan A tetapi tidak dijangka menjadi halangan besar bagi United.
"Ini kali pertama saya terlibat dalam undian di peringkat ini. Apabila nama-nama pasukan diumumkan, terdapat beberapa pasukan yang tidak saya mahukan dan ada sesetengah yang saya berasa selesa. Secara keseluruhan, saya berpuas hati.
"Tetapi apabila nama Real Sociedad dicabut bersama kumpulan kami, saya menganggap mereka sebagai lawan yang sukar. Mereka mencatat pencapaian baik di Sepanyol pada musim lalu dan mengalahkan Lyon dan mara ke peringkat kumpulan," kata Moyes lagi.
Menurutnya, Leverkusen juga kini bermain dengan baik dalam Bundesliga Jerman dan United turut perlu bertandang jauh ke Donetsk di Turkey.
Leverkusen menduduki tempat ketiga dalam Bundesliga pada musim lalu dan memenangi empat daripada lima perlawanan pembukaannya dalam liga utama Jerman itu.
Namun, Leverkusen tidak menikmati pengalaman indah dalam Liga Juara-Juara pada musim lalu apabila dimalukan 10-2 secara agregat oleh Barcelona.
Kali ini, pengurus Sami Hyypia mengingatkan anak didiknya supaya tidak terpinga-pinga apabila bertandang ke Old Trafford.
"Saya harap pemain saya akan bermain bola sepak di Manchester dan bukan datang meminta autograf daripada (Wayne) Rooney," kata bekas pemain pertahanan Liverpool itu.
Rooney dijangka diturunkan lagi esok selepas menjaringkan gol kedua United menerusi tendangan percuma pada lewat perlawanan ketika mereka menundukkan Crystal Palace pada Sabtu lalu.
Hyypia pula tidak menghadapi masalah kecederaan pemain selepas memgalahkan Wolfsburg 3-1 pada hujung minggu lalu.

Leverkusen pernah mengalahkan United dalam separuh akhir pertandingan ini 11 tahun lalu sebelum tewas kepada Real Madrid dalam final.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts