Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Sunday 15 September 2013

Lepas ditunda dua minggu, Jepun jaya lancar roket

KE ANGKASA: Roket Epsilon dilancarkan dari Pusat Angkasa Uchinoura, di bandar Kimotsuki, wilayah Kagoshima. - Foto REUTERS

TOKYO: Jepun melancarkan roket baru semalam yang diharapkan merupakan cara lebih murah dan cekap untuk menghantar satelit ke angkasa.
Roket Epsilon tiga peringkat berlepas dari pusat angkasa di pulau utama selatan Jepun, Kyushu, setelah ditunda dua minggu.
Bulan lalu, satu pelancaran dibatalkan 19 saat sebelum roket itu berlepas akibat kerosakan komputer.
Sejam selepas dilancarkan semalam, bahagian muatan roket itu - Sprint-A, teleskop ruang angkasa pertama yang direka untuk memantau planet lain - berjaya memasuki ruang orbit, kata Cik Mari Harada, jurucakap Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (Jaxa).
Pelancaran roket itu disiarkan secara langsung menerusi rangkaian televisyen Jepun.
Roket Epsilon itu merupakan rekaan roket baru Jepun sejak roket H2A diperkenalkan pada 2001.
Roket H2A kekal sebagai roket utama Jepun tetapi pegawai Jepun berharap roket Epsilon akan membawa kemajuan kepada program H2A yang lebih mahal.
Jepun harap dapat menjadi lebih bersaing dalam perniagaan pelancaran roket antarabangsa.
Menurut Jaxa, roket Epsilon menelan belanja 3.8 bilion yen ($50.79 juta), sepertiga kos roket H2A.
Roket Epsilon yang berukuran sekitar 24 meter tinggi, separuh saiz roket H2A, boleh dipasang dan sedia dilancarkan dalam masa seminggu sahaja, seperenam masa yang diperlukan untuk melancarkan roket H2A.
Roket Epsilon yang menggunakan bahan pembakar pepejal, bertujuan meluaskan skop misi angkasa yang ingin dilaksanakan Jepun.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts