BANTAH DIADAKAN SERANGAN:
Sebahagian rakyat Amerika Syarikat membantah rancangan pemerintah negara
itu mahu menyerang dan campur tangan dalam isu di Syria, di hadapan
bangunan Rumah Putih, di Washington, semalam. - Foto AFP
5 Sep 2013
DI KONGRES
WASHINGTON:
Beberapa penggubal dasar Amerika Syarikat semalam mula menunjukkan
sokongan mereka kepada rancangan Presiden Barack Obama mahu melancarkan
serangan tentera ke atas Syria.
Selepas satu rayuan penuh emosi oleh Setiausaha Negara Amerika, Encik John Kerry, para penggubal dasar itu telah melakarkan satu langkah dwipartisan dengan memberikan tempoh 90 hari bagi sebarang campur tangan tentera Amerika.
Ia juga akan mengharamkan sebarang pengerahan tentera darat dalam negara yang sedang bergolak dengan perang saudara itu, di mana pertempurannya sudah berjalan selama tiga tahun dan mengorbankan 110,000 jiwa.
Perkembangan tersebut berlaku menyusuli pengumuman perangkaan terbaru oleh sebuah agensi pelarian Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan lebih dua juta rakyat Syria melarikan diri daripada keganasan di negara itu.
Amerika mendakwa ia mempunyai bukti bahawa regim Syria telah menggunakan senjata kimia di kawasan pinggir bandar Damsyik
"Ini bukan masanya bagi dasar pemencilan secara berteori. Ini bukan masanya untuk menjadi penonton terhadap satu pembunuhan," kata Encik Kerry, sambil memberi amaran bahawa Iran dan Korea Utara sedang memerhatikan hala tuju tindakan Amerika.
Encik Obama akan hanya mengumumkan langkah Washington selepas undian di kongres pada Isnin ini.
Selepas parlimen Britain memutuskan menolak rancangan tindakan ketenteraan ke atas Syria, harapan Washington kini bergantung pada Perancis, yang mengadakan sidang parlimen tergemparnya hari ini untuk menentukan sama ada ingin menyokong campur tangan Amerika di negara Arab itu atau tidak.

No comments:
Post a Comment