Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Thursday 12 September 2013

Amaran Russia keadaan lebih bercelaru





WASHINGTON: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, semalam memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan sepihak oleh Amerika Syarikat mungkin mencetuskan huru-hara sedang bekas seteru Perang Dingin itu membincangkan rancangan menghapuskan simpanan senjata kimia Syria.
Dalam usaha merayu secara langsung kepada rakyat dan penggubal dasar Amerika, tanpa melibatkan Presiden Amerika, Encik Barack Obama, pemimpin Kremlin itu telah menulis komentar dalam akhbar New York Times.
Encik Putin telah mengalu-alukan kesudian Washington melibatkan diri dalam inisiatif Moscow tetapi beliau mengkritik Encik Obama atas ancamannya sebelum itu mahu melancarkan serangan tentera Amerika bagi menghukum rejim Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad.
Beliau memberi amaran bahawa melaksanakan tindakan sedemikian tanpa kelulusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan memusnahkan kewibawaan badan dunia itu.
Moscow mempunyai kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB.
"Tiada siapa yang mahu PBB mengalami nasib yang sama seperti Liga Bangsa-Bangsa yang musnah kerana ia kekurangan pengaruh sebenar," kata Encik Putin, merujuk kepada badan dunia yang mendahului PBB.
"Serangan (tentera) akan menambah keganasan dan menyebabkan berlakunya gelombang baru pengganasan," tulis Encik Putin, dalam komentar yang menekankan bahawa banyak kumpulan pemberontak yang menentang Encik Assad mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganasan Al-Qaeda.
"Ia mungkin menjejas usaha berbilang negara bagi menghuraikan masalah nuklear Iran dan konflik Israel-Palestin serta menjejas kestabilan Timur Tengah dan Afrika Utara," tambahnya.
Menurut beliau, langkah itu mungkin "menggoncang seluruh sistem undang-undang dan keadilan antarabangsa".
Komentar beliau diterbitkan pada masa yang sama Setiausaha Negara Amerika, Encik John Kerry, berlepas ke Geneva di mana beliau dijadualkan berunding dengan rakan sejawatannya, Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, mengenai rancangan menghapuskan senjata kimia Syria.
Encik Kerry tiba di Geneva pagi semalam untuk menguji keseriusan usul Russia bagi mendapatkan senjata kimia Syria.
Beliau dan pasukan pakar Amerika akan berada di Geneva sekurang-kurangnya sehingga hari ini untuk mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatan mereka dari Russia.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts