Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday, 8 March 2013

Kosmo! Online - TerkiniBekas peguam didakwa pecah amanah

Kosmo! Online - Terkini

Bekas peguam didakwa pecah amanah

08/03/2013 4:57pm

PETALING JAYA — Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah berhubung kelulusan pinjaman, tiga tahun lalu.
Majdah Idrus, 37, yang ketika itu peguam di Firma Tetuan Amara dan Ho didakwa pecah amanah berhubung kelulusan pinjaman perumahan berjumlah RM108,000 yang telah dimasukkan ke akaun firma tersebut.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di firma tersebut di Jalan USJ 16/2F UEP Subang Jaya, pada 9.57 pagi, 3 Jun 2010, dan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh perlu diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 8 April untuk sebutan semula kes.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts