Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Sunday 10 March 2013

Khasiat Buah Tembikai

Salam dan salam sejahtera. Buah tembikai ssedap dimakan terus atau boleh diminum dengan di buat jus. ada banyak khasiat yang kita sendiri tidak tahu. Buah tembikai merah merupakan sumber antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal) Buah tembikai juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik), magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain. Vitamin A dalam buah tembikai berfungsi untuk memelihara kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih dari jangkitan kuman. Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah. Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Buah tembikai adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan wujud dalam setiap sel.Kalium dalam tembikai dapat mengelakkan otot kejang. Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri. Jus tembikai membekalkan tenaga memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts