Mereka yang ingin menurunkan berat badan bolehlah mengamalkan makan buah epal setiap hari. Buah epal bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.



Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Memakan epal bersama dengan kulitnya sangat baik kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

  • Epal hijau berfungsi seperti berikut:
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Mengurangkan risiko barah.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.


 Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan.  kerana ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.