Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Thursday 3 July 2014

RESEPl RAMADHAN: ASAM PEDAS IKAN

BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS :
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 camca teh lada hitam biji
Secubit belacan sesuka anda.

BAHAN-BAHAN YANG DITUMIS :
3 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai daun kari dilurut

CARA MEMASAKNYA ADALAH SEPERTi BERIKUT;
Ikan yang siap disiang dikerat kepada 4 bahagian, cuci sehingga bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan kemudian potong sedikit dihujungnya.  Ambil tomato dan dibelah 4.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumis.Tumis hingga naik bau harum dan kemudian tambah bahan-bahan yang hendak dikisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili pecah minyak. Pastikan anda menggunakan api kecil dan kacau selalu.
Tambah asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya sesuka hati nadA. TUNGGU sehingga mendidih. Sekarang bolehlah anda memasukkan ikan, daun kesom, bunga kantan dan bendi. Kacau perlahan-lahan. Masukkan garam secukupnya dan sedikit gula secukup rasa anda. Masukkan tomato dan tunggu sehingga masak. Agak-agak dalam 20 minit masaklah dan boleh dihidangkanlah.

ANDA BOLEH MENCEDOK ATAU COPY ARTIKEL INI DENGAN MEMASTIKAN ANDA MELETAKKAN SUMBERNYA.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts