Reserve for Advertise

Friday, 7 June 2013

Jambatan ke 2 Pulau Pinang Reban

Struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung runtuh kira-kira jam 7 petang tadi

Struktur Palang( beam ) sepanjang 30 meter dijambatan kedua pulau pinang runtuh,dimaklumkan  telah menghempap 2 buah kereta.


Setakat ini 2 pekerja warga asing dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan parah. 
Pasukan keselamatan Bomba sedang berusaha mencari mangsa lain yang kemungkinan turut terperangkap.

2 buah kereta orang awam mungkin terperangkap bawah runtuhan di Batu Maung. Usaha mencari sukar kerana ditimbus sisa konkrit dan struktur besi

GEORGE TOWN - Menurut berita terkini dari KOSMO, satu palang konkrit di Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung di sini runtuh tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.05 petang itu mengejutkan para pekerja kontrak yang sedang menyiapkan kerja-kerja akhir di jambatan itu.


Runtuhan palang konkrit itu turut mengenai jalan raya berdekatan.

Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian kini sedang melakukan kerja-kerja mengesan kemungkinan ada mangsa yang terlibat.

Beberapa jentera berat termasuk kren terpaksa diguna bagi membantu pihak bomba mengalihkan runtuhan. 



No comments:

Post a Comment

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts