Petua Mengempiskan Perut Yang Buncit & Petua Hilangkan Kulit Perut
Berkedut - Tips | Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan
jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan
susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen.
Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami
masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.
- Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
- Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
- Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
- Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
- Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.
- Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.
MASALAH KULIT PERUT BERKEDUT
Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20
titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan
pecah dalam masa 2 minggu
No comments:
Post a Comment