Seorang gadis berusia 20 tahun kini dalam keadaan kritikal selepas `mahkamah rimba’ di kampungnya mengarahkan dia dihukum rogol setelah didapati bersalah menjalin hubungan dengan seorang pemuda dari kampung bersebelahan.
Hukuman kejam itu dilakukan oleh sekumpulan 13 lelaki dengan 10 daripada mereka adalah juri dalam mahkamah rimba berkenaan.
Di sebalik keadaannya yang kritikal itu, mangsa sempat memberitahu ceritanya kepada The Times of India bahawa dia menjalin hubungan dengan seorang lelaki.
“Saya dan kekasih saya
diseret di depan ketua kampung. Mereka mengarahkan kami membayar £490.
Apabila kami menyatakan bahawa kami tidak mampu membayarnya, saya telah
diperlakukan dengan kejam,’’ katanya kepada akhbar tersebut.
Kejadian itu bermula apabila ketua kampung tersebut melihat gadis itu dan kekasihnya sedang duduk berdua-duaan.
Ketua kampung bersama
dengan penduduk di situ kemudiannya telah mengheret pasangan kekasih
berlainan agama itu ke tempat perbicaraan dan di situ bermulalah
undang-undang rimba.
Menurut polis,
kekasihnya diarah membayar wang dan jika gagal berbuat demikian maka
pemuda di kampung itu akan `berseronok’ dengan gadis tersebut.
Gadis itu yang diikat di
pokok kemudiannya telah dipindahkan ke sebuah bangsal selepas teman
lelakinya gagal membayar wang berkenaan.
Dia dikurung dalam bangsa selama semalaman dan dirogol bergilir-gilir secara berterusan manakala keluarganya pula tidak dibenarkan keluar rumah.
Dia diselamatkan selepas keluarganya berjaya melepaskan diri dan membawa gadis itu ke pusat perubatan namun dia dipindahkan ke hospital selepas berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan.
Hanya ketika dia berada di hospital barulah perkara keji itu terbongkar dan laporan dibuat kepada polis.
No comments:
Post a Comment