Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday 21 September 2013

Rupiah, rupee merosot

HALA TUJU MENJADI PERSOALAN: Seorang pengurup wang di Jakarta menyusun nota rupiah setelah mata wang itu merosot semalam. - Foto REUTERS

Pasaran saham serantau turut terjejas susuli Fed kekal belian bon
RUPIAH Indonesia dan rupee India mendahului kemerosotan mata wang serantau semalam, kerana terjejas oleh isu fiskal dalaman dan langkah mengaup keuntungan oleh para pelabur.
Turut terjejas ialah beberapa pasaran saham serantau, dengan Indeks Straits Times (STI) di Singapura susut 0.44 peratus dan saham Indonesia turun 1.9 peratus.
Kemerosotan itu berlaku sehari selepas mata wang dan pasaran saham menjulang menyusuli keputusan mengejut Lembaga Simpanan Federal Amerika (Fed) mengekalkan pembelian bon sebanyak AS$85 bilion ($105 bilion) bagi merancakkan ekonomi Amerika.
Permintaan dolar Amerika menyebabkan rupiah susut 0.6 peratus berbanding dolar Amerika dalam dagangan semalam.
Berbanding sedolar Singapura, ia susut 1.45 peratus mencapai 8,844, berbanding 8,717 kelmarin.
Langkah mengejut bank pusat India meningkatkan kadar faedah turut menjejas rupee yang susut 0.6 peratus kepada 62.1387 berbanding sedolar Amerika.
Ia mencecah 49.7850 berbanding sedolar Singapura semalam, berbanding 49.6510 kelmarin.
Menjelaskan mengapa rupiah merosot semalam, Ketua Kajian Mata Wang Asing Malayan Banking (Maybank) Bhd di Singapura, Encik Saktiandi Supaat, berkata permintaan dolar Amerika oleh syarikat-syarikat korporat di Indonesia bagi bayaran hujung bulan telah menjejas mata wang itu.
Ini walaupun Indonesia bakal memeterai perjanjian tukaran mata wang dengan China bernilai sehingga AS$40 bilion bulan depan bagi menyokong rupiah dan simpanan rizab asingnya.
"Ringgit merosot kerana pelabur menjual mata wang itu bagi mengambil keuntungan sebelum ringgit dijangka merosot lagi. Ini disebabkan masalah dalaman seperti fiskal dan pilihan raya Umno yang masih membimbangkan pelabur,'' jelas beliau.
Ringgit susut 0.17 peratus mencecah RM2.5352 berbanding sedolar Singapura semalam, berbanding RM2.5309 kelmarin.
Tetapi, secara keseluruhan, kebanyakan mata wang Asia telah meningkat sepanjang minggu lalu.
Rupiah, yang telah merosot 12 peratus sepanjang tahun ini, meningkat 0.5 peratus minggu lalu manakala ringgit naik 4 peratus berbanding dolar Amerika.
"Pengukukan mata wang Asia minggu ini memberikan negara-negara yang mempunyai akaun semasa yang lemah lebih banyak masa memulihkan keadaan,'' kata Ketua Pendapatan Tetap Macquerie Bank, Encik Nizam Idris.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pelaburan Amundi, Encik Philippe Jauer memberitahu Bloomberg bahawa aliran modal akan kembali ke Malaysia, Thailand dan Filipina terlebih dahulu kerana asas ekonomi lebih kukuh berbanding Indonesia dan India.
Namun, Encik Saktiandi berkata aliran modal ke Asia akan juga terjejas apabila Fed mengambil langkah mengurangkan bon pada masa hadapan.
"Kita mungkin melihat dolar Amerika semakin kukuh bagi sesi-sesi mendatang kerana para pelabur yakin langkah Fed mengurangkan pembelian bon akan tetap berlaku di masa hadapan. Ia hanya ditangguhkan buat sementara waktu,'' jelas Encik Saktiandi lagi.
Dolar Singapura juga terjejas dengan kemerosotan sebanyak 0.14 peratus mencapai $1.2485 berbanding dolar Amerika apabila ditutup semalam, berbanding $1.2467 kelmarin.


No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts